17 Disember 2011

Perkahwinan Afiq & Salwana - Tawang, Kelantan

Assalamualaikum & hai.

Berikut adalah beberapa gambar dari majlis perkahwinan Afiq dan Salwana yang berlangsung pada 10 Disember lepas di Tawang, Kelantan. Seronok saya mengambil gambar mereka kerana pasangan mempelai ini tak putus putus tersenyum dan tak kekok apabila kamera dihalakan.

Ada lagi gambar masih dalam proses editing yang akan dimasukkan kemudian.


 


Hubungi saya jika anda berminat dengans servis saya. InsyaAllah anda pasti akan berpuas hati dengan harga dan kualiti yang diberikan.
Gambar dan editing oleh

MOHD RIZUAN ALI
Fotografer
013-2180412
ibnu_ali_87@yahoo.com

04 Disember 2011

Perkahwinan Rosli dan Lina di Kemaman Terengganu

Assalamualaikum dan hai....

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana berjaya menyiapkan tugasan gambar perkahwinan saudara Rosli dan Lina. Perkahwinan ini berlangsung di Kampung Baru Kerteh, Kemaman. Pengantin lelaki dan perempuan semuanya sporting membolehkan saya mengambil gambar mereka dengan mudah.

Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer

Klik DI SINI untuk paparan lebih besar

Anda boleh mendapatkan pakej seperti di atas dengan hanya RM800 sahaja. Kenangan terindah di dalam hidup anda rugi jika tidak dirakam sebaiknya.

Salam dari saya

MOHD RIZUAN ALI
Fotografer,
ibnu_ali_87@yahoo.com
013-2180412

26 November 2011

Pagi yang Agung



Gambar ni kalau tak silap saya pada tahun 2010, di ambil sebelum matahari naik. Masa tu saya tengah baring2 dalam bilik, kemudian terperasan cahaya yang masuk adalah sangat kuning. Bila saya keluar aje kat balkoni dari tingkat 13, subhanAllah. Tak terkata saya buat seketika kerana melihat seluruh langit berwarna keemasan. Inilah yang dipanggil Golden Hour. Namun lebih tepat lagi dipanggil golden minutes kerana ianya hanya bertahan selama beberapa minit sahaja!

Nota kaki : Baru sahaja habis end posting exam untuk Obstetrik dan Ginekologi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Posting baru seterusnya ialah paediatrik. Masa untuk bermain dengan kanak2!

Salam dari saya




03 Oktober 2011

Gambar Jamuan Perkahwinan oleh Zemi Catering

Assalamualaikum & hai...

Saya merupakan fotografer rasmi Zemi Catering SDN BHD yang bertempat di Senawang, Negeri Sembilan. Katerer ni memang profesional dan berpengalaman dalam menguruskan majlis perkahwinan. Kalau tak caya tengok lah kat bawah ni, punya lah cantik setting diorang. 

Yang paling bestnya, setting kat bawah ni diuruskan secara tiptop oleh Zemi Catering dengan harga RM13 sekepala.  Dengan harga tu korang dah dapat set lengkap pengantin iaitu meja pengantin yang sangat lawa diorang hias, meja tetamu utama yang ada kelas, lauk pauk yang best, meja kerusi serta khemah. Siap dapat pelayan berkostum lagi. Korang bayar aje harga tu didarab dengan jumlah tetamu, dah tak payah pening pening untuk uruskan lain lagi. Tak perlu buat pelamin kot sebab Islam tak galakkan. Cuma tinggal upah fotografer aje (pilih la saya siapa lagi..hehe)

Jom layan gambar.












Anda boleh mendapatkan servis saya  untuk mengambil gambar produk, jamuan, atau promosi syarikat anda seperti gambar di atas dengan harga RM400.

Saya nak kasi tips; jangan lupa negotiate dengan saya!

Salam dari saya,

MOHD RIZUAN ALI
Fotografer
013-2180412
ibnu_ali_87@yahoo.com

07 September 2011

Potrait budak budak kelas


Assalamualaikum & hai...

Sepanjang saya posting kat Hospital Klang (HTAR), seingat saya baru dua kali bawa kamera DSLR ke hospital. Bawa pun bukan boleh ambil gambar sesuka hati. Kat ward sah sah tak boleh nak ambil gambar, kecuali ambil gambar curik case note guna handphone untuk buat repot.hehe. 

Kat bawah ni ialah gambar kat bilik seminar kat HTAR. Sambil sambil tunggu doktor pakar datang, jadi sempat snap untuk buat simpanan. 

Kalau nak banding lelaki & perempuan, orang perempuan lebih hebat dokumentasi diorang. Sikit sikit nak snap gambar kat sini sana. Orang lelaki pula malas sikit nak bergambar. Last last tumpang tengok gambar orang lain aje lah kot kot ada gambar kita.



Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer
Nanti sepuluh dua puluh tahun nanti gambar gambar ni mesti membantu mengingat kembali memori waktu belajar ni.

Tapi rasanya gambar tak boleh lawan video kot? Pendapat?


Mohd Rizuan Ali,
Fotografer
ibnu_ali_87@ yahoo.com
013-2180412

Promosi Sehingga Oktober 2011

Assalamualaikum & hai...

Promosi pakej fotografi majlis perkahwinan, pertunangan, dan outdoor khas untuk anda. Jangan lepaskan untuk mendapatkan harga promosi jimat lebih RM100 dari harga asal.

Buat masa ini, saya menerima tempahan dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Melaka, Pahang, Kelantan dan Terengganu.





Sila tinggalkan mesej dan saya akan menghubungi anda kembali.

Mohd Rizuan Ali,
Fotografer,
ibnu_ali_87@ yahoo.com
013-2180412

09 Ogos 2011

Majlis Pertunangan Shahir dan Ameza

Assalamualaikum...

Mohd Shahir ni adalah kawan saya sejak kecil lagi. Dulu kitorang duduk kat Bandar Seri Bandi kat Kemaman nun. Nama aje bandar tapi sebenarnya ianya adalah sebuah kawasan felda kebun kelapa sawit. Masa tu main main semua berkisar dengan kebun kelapa sawit. Rindu sungguh dengan bau kelapa sawit yang dah masak.

Tu cerita kecil kecil dulu. Tup tap tup tap dah nak kahwin kawan saya ni. Mengikut ceritanya, Shahir ni yang merupakan seorang cikgu bertemu dengan Cikgu Ameza sewaktu hari sukan antara sekolah pada April yang lalu. Cikgu Ameza ni sekolah lain. Empat bulan kemudian terus mereka nak mengikat tali pertunangan. Cepat sungguh! hehe

Apa pun saya doakan Shahir dan Ameza tercapai jodohnya dan berbahagia hingga ke akhirnya.

Gambar berikut di ambil di rumah Ameza di felda di Gemencheh Negeri Sembilan. Rombongan lelaki pula datang jauh dari Kemaman Terengganu.

Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer

Anda boleh dapatkan pakej seperti di atas dengan harga RM500 sahaja. Jika dengan ingin menambah sesi 2 jam outdoor, cuma tambah RM100 lagi. Murah bukan?

Jumpa lagi.

MOHD RIZUAN ALI
fotografer
ibnu_ali_87 (@) yahoo.com
013-2180412