26 November 2011

Pagi yang Agung



Gambar ni kalau tak silap saya pada tahun 2010, di ambil sebelum matahari naik. Masa tu saya tengah baring2 dalam bilik, kemudian terperasan cahaya yang masuk adalah sangat kuning. Bila saya keluar aje kat balkoni dari tingkat 13, subhanAllah. Tak terkata saya buat seketika kerana melihat seluruh langit berwarna keemasan. Inilah yang dipanggil Golden Hour. Namun lebih tepat lagi dipanggil golden minutes kerana ianya hanya bertahan selama beberapa minit sahaja!

Nota kaki : Baru sahaja habis end posting exam untuk Obstetrik dan Ginekologi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Posting baru seterusnya ialah paediatrik. Masa untuk bermain dengan kanak2!

Salam dari saya