09 Ogos 2011

Majlis Pertunangan Shahir dan Ameza

Assalamualaikum...

Mohd Shahir ni adalah kawan saya sejak kecil lagi. Dulu kitorang duduk kat Bandar Seri Bandi kat Kemaman nun. Nama aje bandar tapi sebenarnya ianya adalah sebuah kawasan felda kebun kelapa sawit. Masa tu main main semua berkisar dengan kebun kelapa sawit. Rindu sungguh dengan bau kelapa sawit yang dah masak.

Tu cerita kecil kecil dulu. Tup tap tup tap dah nak kahwin kawan saya ni. Mengikut ceritanya, Shahir ni yang merupakan seorang cikgu bertemu dengan Cikgu Ameza sewaktu hari sukan antara sekolah pada April yang lalu. Cikgu Ameza ni sekolah lain. Empat bulan kemudian terus mereka nak mengikat tali pertunangan. Cepat sungguh! hehe

Apa pun saya doakan Shahir dan Ameza tercapai jodohnya dan berbahagia hingga ke akhirnya.

Gambar berikut di ambil di rumah Ameza di felda di Gemencheh Negeri Sembilan. Rombongan lelaki pula datang jauh dari Kemaman Terengganu.

Get the flash player here: http://www.adobe.com/flashplayer

Anda boleh dapatkan pakej seperti di atas dengan harga RM500 sahaja. Jika dengan ingin menambah sesi 2 jam outdoor, cuma tambah RM100 lagi. Murah bukan?

Jumpa lagi.

MOHD RIZUAN ALI
fotografer
ibnu_ali_87 (@) yahoo.com
013-2180412